Wednesday, August 17, 2022

Mudah Mudahan Dapat Bantu Golongan OKU

 Inovasi Baru Untuk OKU

Penyelidik Fakulti Reka Bentuk dan Seni Bina, Universiti Putra Malaysia (UPM), Ts Dr Rosalam Che Me telah menghasilkan alat navigasi sebagai satu inovasi khusus untuk warga emas yang menghidap demensia.

Perkakas tersebut dilengkapi dengan teknologi rangsangan haptik yang menyediakan isyarat bergerak paling mudah iaitu ke kiri, kanan dan hadapan tanpa memerlukan arahan visual.



Menurut Rosalam, peranti itu dilengkapi dengan siri motor getaran mini dalam bentuk gelombang (waveform) supaya boleh dipakai seperti tali pinggang.
 

Tambahnya, isyarat haptik bentuk gelombang itu bertujuan untuk menghasilkan rangsangan seperti ditolak yang mendorong pengguna mengambil arah yang betul.


“Isyarat bunyi dalam bentuk arahan suara ditambah ke dalam sistem ini untuk menambah kecekapan reka bentuk keseluruhan peranti. Sebagai contoh,  belok kanan, belok kiri dan bergerak ke hadapan.

“Sistem peranti ini dilengkapi dengan aplikasi mudah alih bersepadu yang bertujuan untuk memantau pengguna apabila peranti sedang digunakan. 


“Aplikasi tersebut membolehkan aktiviti dan tempat pengguna lawati direkodkan ke dalam sistem yang akan dapat meningkatkan kebebasan mereka serta pada masa sama mengadaptasi amalan norma baharu ketika fasa endemik,” jelasnya.

Sumber berita penuh

https://sciencepark.upm.edu.my/artikel/upm_hasilkan_inovasi_alat_navigasi_bantu_pesakit_demensia_sinar_bestari-67978